Dalam diri ada
Dalam hati ada
Dalam nadi ada
Dalam naluri ada
Seribu kata-kata
Sama sejuta bunga jiwa
Seribu kata nista
Sama sekuntum bunga jiwa
Seribu tanda tanya
Dalam hati ada dia
Lari-lari cari ada
Gapai tinggi makin tinggi
Lompat cuba gapai segala
Hilang dia hilang jiwa hilang semua
Hilang kata-kata
Ada cuma satu
Air dari jiwa
Air dari dada
Air dari segala
Kecuali satu..dari mata
Mata cuma sumber
Sumber jadi makna
Makna sejuta bahasa
Tanda jiwa ada duri
Tanda jiwa tidak suci
Mengapa tanya dia
Mengapa tanya Dia
Mengapa tanya semua
Mula cuba senyum
Tengah ketawa gembira
Akhir penuh hiba
Cuba belai sejarah alam
Memang semua sama
Cuba belajar ilmu alam
Memang semua serupa
Kerana Dalam Diam Hati Ada Cinta
Cinta yg pasti
Cinta yg hilang
Tanya pada Dia
Bukan diri, dia atau semua
No comments:
Post a Comment