Tuesday, May 5, 2009

BACA TANPA KEFAHAMAN

Artikel yang berbunyi...:

AirAsia mohon ambil alih LTBB

MELAKA: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia), mengemukakan permohonan mengambil alih pengurusan Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) di sini, dalam usaha menjadikannya hub baru di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kerajaan negeri memandang serius permohonan itu dan akan membuat penelitian rapi termasuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkaitan seperti Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Kerajaan Pusat, sebelum membuat sebarang keputusan.

"Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandez, kepada saya, namun belum ada sebarang keputusan mengenainya lagi. Beliau memohon mengambil alih termasuk menampung kos projek memanjangkan landasan," katanya selepas merasmikan Terminal Utama LTBB yang baru hari ini

Terminal itu adalah sebahagian projek menaik taraf LTBB yang bermula pada April 2007. Menerusi naik taraf itu, terminal baru berkenaan mampu mengendalikan seramai 1.5 juta penumpang setahun, berbanding 300,000 di terminal lama.

Pembesaran lapangan terbang ini yang turut merangkumi pemanjangan landasan sehingga 1,800 meter, dibiayai kerajaan Pusat, manakala KLIA Consultancy Services Sdn Bhd sebagai perunding pengurusan dan Uni-Integrated Sdn Bhd sebagai pemaju.

AirAsia sebelum ini memohon memajukan kawasan Labu di Negeri Sembilan sebagai hub barunya, menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tapi ditolak kerajaan.

LTBB ketika ini diurus oleh MAHB.

Mohd Ali juga mengesahkan AirAsia akan memulakan perkhidmatan penerbangannya dari LTBB pada 1 November ini, sebaik kerja memanjangkan landasan sedia ada siap sebelum tarikh berkenaan.

Katanya, penerbangan sulung itu dijangka membabitkan destinasi Pulau Pinang-Medan-Bangkok.

"Saya juga sudah mendapat pengesahan daripada Tony berhubung perkara ini dan beliau menyatakan persetujuan bagi destinasi berkenaan," katanya.

AirAsia sepatutnya memulakan perkhidmatan penerbangan menerusi LTBB pada penghujung tahun lalu tapi ditangguhkan berikutan pesawat milik syarikat itu tidak boleh mendarat di situ.

Berikutan itu, kerajaan negeri mengambil keputusan memanjangkan landasan daripada 1,800 meter kepada 2,135 meter.

Mohd Ali yakin kesediaan AirAsia mengadakan perkhidmatan menerusi LTBB bakal melonjakkan nama lapangan terbang itu.

Katanya, LTBB yang berubah wajah selepas dinaik taraf dengan kos sebanyak RM131.5 juta juga bakal dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) mulai hujung tahun ini.

"Keputusan itu yang dipersetujui oleh kerajaan negeri baru-baru ini juga sejajar statusnya sebagai lapangan terbang pelancongan kesihatan pertama di negara ini, sama seperti di Rotterdam, Belanda dan Munich, Jerman," katanya.

:X PAHAM MAKSUD LAPANGAN TERBANG KESIHATAN 2 JEWH.....

4 comments:

farell said...

sengal la ko nie...
Ayh ko kn kwn cium molot ngan Pak Ali....
g je la tanye...
ape la...

***kwn cium molot > bkn b'erti ayh c Zemmir nie GAY ngan Pak Ali ye...
hahaha....

Azmir GAFAR said...

eeeeee.............gelilah

Cedric said...

lapangan terbang kesihatan tu cater kepada medical tourism laa....

Azmir GAFAR said...

owh..pandai mak hayam cedric..cantik senyuman...cam catherine zeta jones...:(